blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anak Burung Mempunyai DUA KEPALA, TIGA PARUH

Friday, June 1, 2012

NORTHAMTON – Seorang wanita dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), secara tidak sengaja menemui haiwan unik ini. Siapa sangka anak burung ini memiliki dua kepala dan tiga paruh.

April Britt berkata, dia dan suaminya mencari-cari arah suara burung di halaman belakang rumahnya. Kemudian suara itu membawa mereka ke sebuah pokok dan mendapati ada seekor anak burung berada di atas tanah.

“Kasihan sekali burung ini. Ini hal yang paling aneh pernah saya lihat. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini,” kata Britt sambil menceritakan keadaan suaminya yang terkejut.

Seperti dilaporkan UPI, selepas beberapa jam kemudian, Britt mengembalikannya semula ke atas pokok berkenaan.

“Keesokan paginya, saya tidak lagi melihat anak burung ini. Saya harap ia selamat,” katanya.
Read Full 0 comments

Kanak-kanak 11 Tahun Lumur Diri DENGAN DARAH Untuk ELAK DIBUNUH Tentera Assad

Ali el-Sayed....terselamat

HOMS - Ia hanyalah seorang kanak-kanak Muslim berusia 11 tahun, dengan izin Allah, Ali el-Sayed selamat dari pembunuhan. Ia menceritakan bagaimana dia melumuri dirinya sendiri dengan darah saudaranya yang telah dibunuh dan berpura-pura mati ketika tentera Bashar Assad masuk ke rumahnya dan membunuh enam anggota keluarganya pada tragedi pembunuhan di Al-Haulah yang terjadi pada hari Jumaat (25/5/2012) di wilayah Homs, Syiria.

Bercerita kepada akhbar The Guardian, kanak-kanak lelaki yang baru memasuki usia remaja itu berkata pasukan rejim Assad tiba di kawasan tempat tinggalnya kira-kira pukul 3:00 pagi waktu setempat pada hari Sabtu (26/5), beberapa jam setelah pengeboman dan pembunuhan dilakukan di Al-Haulah.

"Mereka datang dengan kenderaan kalis peluru dan beberapa buah kereta kebal," kata anak itu. "Mereka menembak lima peluru di pintu rumah kami. Mereka mengatakan, mereka mahukan Arif (bapa saudaranya) dan Syawqi (kakaknya), ayahku dan ibuku. Kemudian mereka menanyakan tentang bapa saudara ku, Abu Haidar. Mereka juga mengetahui namanya."

Menggigil ketakutan, kanak-kanak itu berdiri dibelakang pintu masuk keluarganya, pada saat itu, pasukan Assad menembaki semua anggota keluarganya di depan matanya.

"Ibuku berteriak pada mereka," kata Ali.

"Dia bertanya: 'Apa yang kalian mahukan dari suami dan anakku?', seorang lelaki botak berjanggut menembaknya dengan sebuah machine gun. Kemudian mereka membunuh adik perempuanku, Rasha, dengan senjata yang sama. Dia berusia lima tahun. Kemudian mereka menembak kakakku Nadir di kepala dan di punggungnya. Aku melihat nyawanya meninggalkan jasadnya di hadapanku," ungkapnya sedih.

Ketika semua anggota keluarganya telah dibunuh, tentara Assad itu mengarahkan muncung senjatanya ke arahnya. Ketika itu, dia terfikir untuk berpura-pura mati dan mengambil percikan darah saudaranya kemudian melumuri ke tubuhnya dan berpura-pura mati.


"Mereka menembakku, tetapi pelurunya tersasar dan tidak mengenaiku. Aku sangat gemetar, aku sangka mereka akan memperhatikanku. Aku melumurkan darah ke wajahku untuk membuat mereka menyangkakan bahawa aku telah mati," katanya.

Ternyata helah anak itu berhasil, dengan izin Allah, tentera Assad yakin telah menyelesaikan misi pembunuhan mereka, kemudian mereka berpindah ke rumah di daerah lain untuk memburu Muslim yang lain.

"Rupanya mereka yakin tugas mereka telah selesai, lelaki-lelaki bersenjata itu pindah ke daerah lain, ke rumah dimana mereka akan meneruskan pembunuhan dan merompak harta milik keluarga," katanya. "Mereka mencuri tiga televisyen, sebuah penyedut hampagas dan sebuah komputer," tambahnya. "Kemudian mereka beredar."

The Guardian menghubungi kanak-kanak lelaki ini melalui seorang tokoh di sana yang merupakan seorang anggota Dewan Revolusi Syiria yang sekarang sedang merawatnya.

Kanak-kanak itu berkata bahawa dia menunggu sehingga tentera itu bergerak menjauhi dari jalan rumahnya, kemudian ia berlari ke rumah bapa saudaranya yang letaknya tidak jauh dari kediamannya, untuk bersembunyi. Tentera yang sama mengetuk pintu rumah bapa saudaranya beberapa minit kemudian.

"Ketika mereka pergi dari rumah ku, mereka ada berkata ingin membakar rumah ku, aku panik dan kemudian pergi ke rumah bapa saudaraku tidak berkasut."

"Mereka tidak tahu dia (bapa saudaraku) juga adalah ahli keluargaku dan ketika mereka memberitahunya ke enam-enam orang yang mati di rumahku. Termasuklah aku. Mereka fikir aku telah mati."

Selama 15 minit perbualanan, anak itu berdiam hingga ia diminta untuk bercerita bagaimana dia tahu para lelaki bersenjata itu adalah tentera pro-rejim Assad, yang dikenali sebagai tentera Syi'ah Shabihah. Pasukan yang sering dituduh banyak melakukan pembunuhan di Al-Hulah, dengan memasuki rumah-rumah warga Muslim dan membunuh ahli keluarga di dalamnya. Pada tragedi pembunuhan di Al-Hulah terakhir, 50 dari lebih 100 korban adalah kanak-kanak.

Ali menjawab mengapa dia yakin pasukan bersenjata itu adalah tentera pro-Assad, "Mereka keluar dari kereta kebal dan memiliki senjata dan pisau. 11 daripada mereka berpakaian tentera dan ada diantara mereka berpakaian biasa, rambut dicukur dan berjanggut (identiti tentera Syi'ah Shabihah)."

"Mengapa kalian bertanya padaku siapa mereka? Aku tahu siapa mereka. Kami semua tahu! Mereka adalah para tentara rejim dan orang-orang yang berperang dengan mereka adalah benar," tegasnya.

Assad sering menolak dakwaan pasukan tenteranya dan tentera pro-Assad yang melakukan pembunuhan selama ini, dan menyalahkan terhadap kelompok 'pemberontak' atau 'pengganas'. Pengakuan kanak-kanak ini adalah salah satu dari banyak bukti bahawa yang melakukan pembunuhan adalah pasukan Assad dan tentera-tentera Syi'ah pro-Assad.


Pesan Ali-el Sayed kepada masyarakat dunia

"Aku meminta kepada masyarakat dunia untuk menghentikan pembunuhan di Syiria dan di Al-Haulah. Siapa saja yang mendengarku, harus tahu bahawa kami dibunuhi, kami dibunuh di rumah-rumah kami,


Masyarakat dunia hanya duduk diam, hanya bercakap dan tidak berbuat apa-apa. Kamu harus berperang untuk kami, lakukan apa yang kamu ucapkan, dan lindungi kami,


Aku meninggalkan rumah dalam keadaan mengeletar (ketakutan). Aku melangkahi jasad adikku. Aku lihat kakak dan ibuku terbunuh di tempat tidur.


Aku melihat mereka semua..."
Read Full 0 comments

Ikan MASIH HIDUP Di dalam PARU-PARU Kanak-kanak 12 Tahun

Kedudukan ikan yang masih hidup di dalam paru-paru Anil Barela.

INDIA -Doktor telah berjaya melakukan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk mengeluarkan seekor ikan dari paru-parunya yang masih hidup.

Anil Barela telah tertelan seekor ikan bersisik berukuran 9 cm ketika bermain di sebuah sungai di India.

Kanak-kanak di sana sering tertelan ikan ketika bermain-main air di sungai tetapi entah bagaimana kali ini ia berada di dalam paru-paru dan bukannya di dalam perut.

Pasukan perubatan membuat pembedahan kecemasan selepas tahap oksigen dalam tubuh kanak-kanak itu menurun dan beliau mula susah  untuk bernafas.

Dr Pramod Jhawar berkata: "Ikan itu masih hidup ketika kami membuat bronkoskopi (bronkoskopi ialah prosedur doktor untuk melihat laluan udara pada paru-paru), ini menyebabkan fungsi kedua-dua paru-paru yang tersekat dan menyebabkan pengambilan oksigen yang rendah."
Read Full 0 comments

PRU 13 TIDAK BOLEH Kempen Guna KARTUN - SPR

Thursday, May 31, 2012
Tidak Boleh...bahan kempen seperti ini tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.


JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di dalam sidang media selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.


SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya.







Kredit - Bernama
Read Full 0 comments

Penganjur INDRAF 2.0 DIPUKUL Malam Tadi

PETALING JAYA: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru.




Sumber : FMT
Read Full 2 comments

TERTEMBAK DAHI Adik Dengan Senapang Buatan Sendiri

Wednesday, May 30, 2012
Kanak-kanak malang yang kritikal akibat terkena tembakan di dahi.

MIRI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan di dahi yang dilepaskan abang berusia 10 tahun menggunakan senapang buatan sendiri ketika mereka bermain dengan senjata itu di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurul Afifah Maderon, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan abangnya, Mohd Nur Aznul, ketika mereka bermain senjata milik seorang jiran yang ditinggalkan di tepi tangki air kuarters berkenaan.

Seorang anggota polis membawa senapang buatan sendiri.


Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.

Menurut ibu mangsa, Janiah Assan, 31, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pakaian manakala kedua-dua anaknya itu sedang bermain di luar rumah.





Kredit : hMetro,SinChew
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks